Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Lelaki Curi...

CHUKAI - Seorang lelaki diburu polis selepas melarikan sebuah telefon bimbit di sebuah...

2 Pasangan Kekasih Ditahan...

TAMPIN - Dua pasangan kekasih ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di sebuah...

KL2017: Skuad Recurve Wanita...

KUALA LUMPUR - Skuad recurve wanita negara mendedikasikan pingat emas Sukan SEA yang...

2017: Jangan Masuk Jel...

TAJUK di atas serius bunyinya. Tetapi yang punya diri pasti senyum kalau dia...

Sepanyol Berpecah, Catalonia Negara Baharu Dunia?

BARCELONA – Lebih 80 peratus daripada anggaran kasar dua juta pengundi wilayah Catalonia memilih berpisah daripada pentadbiran Madrid, sekali gus bakal membentuk sebuah lagi negara baharu di dunia selepas Sudan Selatan (2011) dan Timor Leste (2002).

Pengumuman bersejarah yang sudah dijangka ramai penganalisis politik antarabangsa itu disahkan Naib Presiden Catalan, Joana Ortega lewat malam tadi selepas wilayah timur Sepanyol bersempadan Perancis itu selesai melaksanakan referendum sebelah siang.

Kiraan awal menunjukkan daripada 2,043,226 kertas undi yang muktamad dikira, 80.7 peratus atau 1,649,239 pengundi memilih untuk merdeka manakala 92,939 kertas undi atau 4.5 peratus sahaja mahu terus bersama dengan pemerintahan kerajaan beraja Sepanyol.

Berbeza pengundian pemisahan Scotland daripada United Kingdom pada 18 September lalu yang berakhir dengan majoriti memilih kekal bersama Great Britain, proses pungutan suara di Catalonia tidak diiktiraf Sepanyol malah menyifatkan ia jelas melanggar undang-undang.

Mahkamah perlembagaan di Madrid minggu lalu mengarahkan pemerintah Barcelona tidak melaksanakan proses referendum itu bahkan kebanyakan parti pembangkang Catalonia sendiri meminta penyokong mereka tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu.


Kerajaan Catalonia yang menguruskan proses pemilihan itu sendiri, setelah Suruhanjaya Pilihan Raya Sepanyol enggan terlibat sama dalam urusan pengundian tersebut; mendakwa 5.4 juta warga Catalan berusia 16 tahun ke atas sebagai layak mengundi semalam.

Catalonia memiliki bahasa dan budaya yang agak berbeza daripada Sepanyol, ditakluk secara paksa oleh kerajaan Madrid dalam perang saudara pada 1714, namun wilayah itu mula memperoleh kuasa pemerintahan autonomi sejak 2006 lalu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori