Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anggota Parlimen Segambut Gagal...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan anggota Parlimen...

Pakatan: Sekejap Boleh Beza...

KUALA LUMPUR - "Pada pandangan saya, Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) mahupun Perjanjian...

Kemaraan Muafakat Nasional Tidak...

SEREMBAN - Tiada hujah atau kritikan akan dapat menahan kemaraan UMNO dan PAS...

Video: Lagi Kejadian Pandu...

LAGI kes kereta dipandu melawan arus, kali ini dalam satu kejadian di Lebuhraya...

Separuh Tanah di China Tidak Subur

BEIJING – Lebih daripada 40 peratus tanah pertanian di seluruh China didapati amat tidak subur untuk sebarang aktiviti tanaman, sekali gus meningkatkan kebimbangan jaminan keselamatan makanan negara paling ramai manusia di dunia itu.

Agensi berita rasmi Xinhua di sini semalam memetik sumber Kementerian Pertanian melaporkan, tanah kaya gambut di wilayah Heilongjiang yang dianggap bakul roti China semakin menipis manakala di wilayah selatan, tanahnya dikesan teruk berasid.

China kini mengalami pencemaran teruk tanah pertanian melibatkan keluasan 3.3 juta hektar dan pemerintah perlu mewujudkan lagi tambahan 53 juta hektar tanah untuk tanaman makanan menjelang tahun 2020 bagi menampung 1.4 bilion penduduk negara itu.

Pada tahun lalu, China hanya memiliki tanah pertanian seluas 135.4 juta hektar, iaitu paras paling minimum atau juga disebut ‘cukup-cukup makan’ untuk keperluan makanan rakyat namun setiap tahun, banyak tanah dilaporkan lenyap akibat proses perbandaran.

Presiden Xi Jinping pada satu persidangan mengenai dasar pertanian China baru-baru ini menggesa kementerian terbabit mengenakan kawalan ketat demi melindungi tanah pertanian sebagai sumber utama jaminan keselamatan makanan kebangsaan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori