Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rangka Dugong Bertaring Ditemui...

BANDAR PANAMA - Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring...

Empangan Kenyir Tidak Ancam...

Kuala Berang : Runtuhan tanah sehingga menyebabkan berlakunya fenomena 'kepala air' tidak menjejaskan...

Tragedi Go-Kart: Sekelip Mata...

KUANTAN - "Semua begitu pantas. Tiba-tiba sahaja ada kereta meluru ke arah kami....

Anggota Polis Berperut Buncit...

ANGGOTA polis berperut buncit dan mempunyai berat badan berlebihan mungkin tidak akan dinaikkan...

Sharnaaz: Filem Ganas Bukan Penyebab Kes Buli Berleluasa

SELAIN Datuk Yusof Haslam dan Datuk Rosyam Nor yang tidak bersetuju dengan kenyataan sesetengah individu yang mengaitkan lambakan filem gangster sebagai penyebab kepada kes buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah, pelakon Sharnaaz Ahmad juga menyatakan pendiriannya yang juga tidak bersetuju dengan kesimpulan sesetengah pihak itu.

BACA:  Datuk Yusof Haslam Tak Setuju Pandangan Wardina 

“Sebenarnya kes-kes buli ini sudah ada di zaman datuk nenek kita lagi. Tapi apa yang kita nampak sekarang ini, kemudahan teknologi yang mudah membolehkan generasi ini mengaksesnya dengan mudah. Jadi kita boleh nampak. Kalau dulu bergaduh di mana pun tidak nampak, sekarang tengah bergaduh ada orang yang merakam video dan benda itu jadi isu.

“Isu buli daripada dulu lagi, mana-mana negara mesti ada isu buli. Tetapi ia berbalik kepada setiap negara bagaimana mahu menangani perkara itu,” katanya memetik portal Rotikaya.


Menurut Sharnaaz lagi, filem gangster baik dari penerbitan dalam mahu pun luar negara seharusnya tidak dipersalahkan sebaliknya cara pelaksanaannya untuk penonton wajar dipatuhi sebagai contoh sekiranya filem itu diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, perkara itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.

“Jangan salahkan filem kerana filem-filem luar negara pun lagi bermacam-macam aksi buli juga ganas yang ditonjolkan. Cara mereka tonjolkan seni dalam filem. Kita ada akta atau klasifikasi filem untuk 18SG dan sebagainya. Kalau susah sangat naikkan kepada had umur 21,” katanya lagi.MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori