Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Terbuka Singapura: Beregu Negara...

SINGAPURA - Pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akan...

Kasino Di Genting Highlands...

BENTONG - Polis Bentong akan sentiasa membuat pemantauan terhadap aktiviti kasino di pusat...

Diminta Bersedia Wujudkan Kelas...

BESUT - Pihak pengurusan Pusat Pengajian Tinggi (PPT) di negara ini perlu bersedia...

Pelajar MRSM Cipta Powerbank...

SEPANG - Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang...

Shukor Jadi Kapten Harimau Malaya Di Piala AFF

PETALING JAYA – Pemain kebangsaan, Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan Harimau Malaya di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 yang bermula pada 23 November ini di Singapura.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.

Dollah berkata pada siri persahabatan antarabangsa menentang Syria, esok, Shukor akan menggalas tanggungjawab itu di Stadium Shah Alam.

“Mungkin beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini.

Kesebelasan utama yang akan diturunkan, esok menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti,” katanya.

Dollah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.

Sementara itu, Shukor berkata selepas enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau sangat teruja dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.


“Satu penghargaan dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya harus membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah).

“Walaupun mungkin ada pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran. Bagi saya skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, jadi bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Mengulas perlawanan antarabangsa menentang Syria esok dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor berkata kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain sebelum beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.

“Kami dapat dikumpulkan seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti pasukan perlu menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk mendapatkan keserasian sepasukan,” katanya.

Kali terakhir Shukor menyarung jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah kendalian jurulatih B Sathianathan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori