SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dijangka mengharamkan shisha di republik itu termasuk pengimportan dan penjualan rokok tradisional masyarakat Arab itu bermula akhir bulan ini, lapor stesen tempatan Channel NewsAsia pada 4 November.
Setiausaha Parlimen MOH, Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim ketika menjawab soalan sidang parlimen Selasa berkata, shisha jauh lebih bahaya daripada rokok biasa ekoran peningkatan mendadak penghisap shisha dalam kalangan remaja Singapura.
Bancian Kesihatan Kebangsaan mendapati kira-kira lapan peratus belia berusia 18 hingga 29 tahun menghisap shisha manakala laporan terbaharu Kajian Kesihatan Penuntut oleh MOH menunjukkan berlaku peningkatan sembilan peratus pelajar ketagih merokok shisha.
“Bagaimanapun, ketika proses peralihan, lesen pengimport tembakau dan penjual shisha yang sedia ada masih diteruskan sehingga tempoh akhir lesen mereka tamat menjelang 31 Julai 2016 bagi tujuan menghabiskan stok lama,†tegas Dr. Muhammad Faishal.
Pemerintah republik itu mengharamkan larangan merokok di tempat awam sejak 1970 dan peraturan itu diperluaskan ke pelbagai premis terbuka termasuk kelab malam dan pengangkutan awam dengan hukuman denda maksimum S$1,000 (kira-kira RM2,580.). – Agensi
– AMREE AHMAD