Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelanggan CJ WOW SHOP...

CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah inovatif dijangka mencapai sejuta pelanggan menjelang September ini...

APM Giat Adakan Persediaan,...

KUALA NERUS – Angkatan Pertahananan Awam Malaysia (APM) Wilayah Timur giat mengadakan persediaan...

8 Negeri, Wilayah Mulakan...

PUTRAJAYA - Lapan negeri dan wilayah akan memulakan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19...

Teksi Tanpa Pemandu Mula...

SINGAPURA - Perkhidmatan teksi tanpa pemandu memulakan sesi ujian di jalan raya di...

Singapura Makin Tegas, 7 Ah Long Disebat Ganggu Mangsa

Muka depan akhbar tempatan The Straits Times baru-baru ini melaporkan tindakan tegas pihak berkuasa Singapura bagi menjejak ah long yang sering membuat kacau sehingga bertindak ganas mengganggu mangsa di rumah.

SINGAPURA – Tujuh peminjam wang haram atau ah long yang dihadapkan ke sebuah mahkamah daerah di sini hari ini bakal disebat maksimum enam kali jika sabit kesalahan melakukan gangguan terhadap mangsa, lapor stesen tempatan Channel NewsAsia.

Menurut jurucakap polis republik itu, semua suspek lelaki berusia antara 16 sehingga 45 tahun berjaya ditahan di beberapa lokasi berbeza dalam satu operasi besar-besaran lewat malam semalam susulan laporan mangsa menerima ancaman berbaur ugutan jenayah.

Tiga suspek diberkas pukul 2.40 pagi Isnin dalam satu sekatan jalan raya di Clementi Road ketika mereka menaiki sebuah teksi dan lengkap peralatan peras ugut mangsa seterusnya membawa kepada penahanan dua lagi di perumahan mewah Boon Lay Drive.

Manakala baki dua suspek terakhir dicekup hasil maklumat awal kerana disyaki giat melatih sindiket pinjaman wang haram tempatan dan kesemua lelaki terbabit pernah melakukan keganasan ke atas mangsa di Tampines, Bedok, Toa Payoh serta Jurong West.


Siasatan awal polis hasil rakaman kamera litar tertutup pihak berkuasa mendapati tiga suspek menyembur cat dan menulis grafiti di beberapa dinding blok-blok perumahan awam milik agensi pemerintah atau HDB di Clementi, Hougang, Bedok dan Tampines.

Di bawah Akta Pinjaman Wang 2010 (Pindaan), pemberi pinjam wang kali pertama melakukan gangguan ke atas mangsa jika sabit kesalahan boleh didenda S$5,000 (RM12,914) sehingga S$50,000 (RM129,144) dan mandatori sebatan maksimum enam kali. – Agensi

Seperti juga di Malaysia, ah long di Singapura sanggup berlaku biadap terhadap mangsa yang gagal melunaskan hutang termasuk bertindak ganas menyimbah cat di rumah mereka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori