Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DUN Sarawak Bubar 11...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Dr. Adenan Satem pada Khamis mengumumkan Dewan Undangan...

2 Penunggang Motosikal Maut...

JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan...

Polis Melaka Nafi Ketua...

MELAKA - Polis Melaka hari ini menafikan penahanan seorang ketua balai dalam daerah...

Amukan ‘Shasha Steering Lock’...

SEBUAH video memaparkan aksi amuk seorang wanita memukul kenderaan lain menggunakan besi pengunci stereng...

SKMM Sentiasa Berunding Sekat Pengaruh Pengganasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa membuat perundingan dengan pemilik laman media sosial di Amerika Syarikat untuk menutup akaun yang disyaki cuba menyebarkan elemen pengganasan dan menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi memberitahu Bernama, pihaknya akan membuat permohonan kepada Facebook dan Youtube daripada Google Inc untuk menutup akaun atau tayangan video yang telah disiasat Polis Diraja Malaysia jika didapati bahan tersebut mempunyai niat untuk menghasut rakyat Malaysia menyertai aktiviti militan.

Beliau berkata, pihaknya juga, melalui satu pasukan khas, turut membantu polis mengesan suspek yang cuba mencetuskan ketegangan dalam negara dengan menyentuh isu berkaitan kaum dan agama.

“Bagaimanapun kita hanya boleh memohon kepada mereka (pemilik laman sosial) dan langkah seterusnya adalah bergantung kepada keputusan mereka. Hakikatnya kita tidak boleh menyekat kemasukan media sosial dan Internet,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu sebelum ini bahawa SKMM lambat bertindak dalam menutup akaun dan video yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat, merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan.

Mohamed Sharil berkata pihaknya tidak boleh bertindak menutup akaun individu tertentu ataupun menyekat kemasukan video, kerana jika ingin berbuat demikian, negara terpaksa menyekat keseluruhan kemasukan Facebook dan Youtube.


Beliau berkata tindakan itu tidak sejajar dengan dasar negara dalam memberikan kebebasan Internet dan hak kebebasan bersuara.

Justeru, katanya, langkah terbaik ialah dengan mendidik masyarakat di negara ini mengenai penggunaan bijak Internet.

Beliau berkata sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 ini, SKMM mengambil inisiatif menggerakkan kempen ‘klik dengan bijak’ di kios Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Aras Tiga, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sempena Persidangan Agung UMNO 2014, yang berlangsung dari 22 hingga 29 November.

“Maklumat di Internet adalah luas dan ia memang sukar dikawal, jadi kita mengambil langkah pencegahan dengan mendidik pihak umum serta ibu bapa untuk membuat kawalan sendiri di rumah bagi mengelak generasi muda terpengaruh dengan elemen negatif,” katanya.

Beliau berkata kempen itu dibuat berterusan kerana pihaknya yakin “mendidik untuk mencegah itu lebih baik daripada menyekat kemasukan Internet”. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori