Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LPT2 Dibuka Sepenuhnya Pada...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa projek Lebuh Raya...

Dron Akan Diguna Bantu...

GEORGE TOWN - Kementerian Sumber Manusia bercadang memperluaskan penggunaan dron bagi membantu Jabatan...

3 Termasuk Warga Singapura...

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori dan dua pe­ngarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah...

Apa Guna Menteri Hanya...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa terganggu dengan sikap kerajaan baharu...

Skuasy Dunia: 2 Pemain Negara Mara Ke Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR – Dua pemain negara, Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 yang diadakan di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar.

Pemain berpengalaman, Ong mencatat kemenangan mudah ke atas pemain dari pusingan kelayakan, Peter Creed dari Wales dengan 11-9, 11-4, 11-8 sekali gus memenangi perlawanan pembukaan, semalam.

Pemain berusia 34 tahun dari Pulau Pinang yang masih memburu gelaran juara di peringkat antarabangsa musim ini, akan menentang sama ada pemain pilihan kelapan Daryl Selby dari England atau pemain dari Afrika Selatan Stephen pada pusingan kedua, hari ini.

“Latihan di gelanggang membantu saya hari ini. Saya gembira dengan cara saya bermain, terutamanya dalam set pertama dan ketiga apabila saya berjaya bermain skuasy dengan gaya tersendiri,” kata Ong dipetik dari laman sesawang kejohanan www.worldsquashchamps.com.

Sementara itu, Mohd Nafiizwan menerima tentangan sengit dari pemain Mesir Mazen Hesham sebelum menang 13-11, 11-7, 9-11 dan 11-5, tetapi akan berdepan tugas berat menentang pilihan pertama, Gregory Gaultier dari Perancis pada pusingan kedua.

“Berdepan pemain seperti beliau (Hesham), anda tidak akan tahu bola akan ke mana, jadi anda perlu fokus dan berwaspada setiap masa, sesuatu yang saya tidak lakukan pada set ketiga… saya kalah 7-4.


“Jadi pada set keempat, saya bermain dengan penuh disiplin kerana setiap mata penting… saya pastikan beliau bekerja keras dan memberi tekanan kepada beliau,” kata Mohd Nafiizwan.

Gaultier yang juga pemain nombor dua dunia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain dari pusingan kelayakan Andrew Wagih dari Mesir dalam pertandingan lima set 6-11, 9-11, 11-6, 11-7 dan 11-3 dalam 57 minit.

Naib johan Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2014 Ivan Yuen bagaimanapun tewas 5-11, 12-14 dan 5-11 kepada bekas juara dua kali, Ramy Ashour dari Mesir dalam perlawanan pusingan pertama yang lain.

Seorang lagi pemain negara, Muhd Asyraf Azan akan bertemu pemain nombor satu dunia, Mohamed Elshorbagy dalam perlawanan pembukaan.

Kejohanan edisi ke-36 itu menawarkan hadiah wang tunai AS$325,000 (RM1.087 juta). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori