SnapJet adalah mesin pencetak yang direka khas untuk peranti pintar.
Tanpa perlu sambungkan peranti kepada SnapJet ataupun memindahkan gambar ke dalamnya, tiada masalah untuk mencetak gambar.
Apa perlu dilakukan cuma letakkan peranti pada kawasan imbasan SnapJet dan ia akan mencetak gambar Polaroid terus dari paparan skrin peranti.
Oleh sebab tiada kekangan sistem operasi dan protokol Bluetooth, SnapJet boleh digunakan untuk mencetak gambar dari kesemua peranti pintar yang wujud di pasaran.
Filem yang digunakan pula adalah Fuji Instax yang mudah diperolehi di pasaran.
Harga jualan bermula dari USD99 (RM333) untuk versi biasa.
SnapJet kini, masih mengumpul dana untuk pengeluaran pada skala penuh.
Ia dijangka memasuki pasaran Disember 2015 dan jika anda berminat, silakan sokong projek ini di laman Kickstarter mereka.
Sumber: Kickstarter
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC