Sony merupakan salah satu syarikat gergasi elektronik yang sedang melakukan beberapa perubahan pada syarikat, namun pada masa sama meneruskan keluaran produk yang diminati ramai.
Kini, Sony sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar yang akan hadir dengan penggunaan skrin sepenuhnya.
Ia dikatakan mengabungkan penggunaan e-ink sekaligus membolehkan pengguna mengubah rekaan dan gaya peranti tersebut mengikut kegemaran mereka.
Sony dijangka memfokuskan lebih kepada gaya dan bukannya spesifikasi.
Penggunaan paparan e-ink juga dijangka akan menawarkan masa bertahan bateri lebih lama berbanding jam tangan pintar biasa.
Buat masa ini, Sony dikatakan masih pada peringkat ujian dalaman untuk peranti tersebut sebelum ia sedia untuk dipasarkan.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC