PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tersebar di laman Facebook yang mendakwa berlaku insiden kebocoran membabitkan kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kertas tersebut dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari Rabu lalu.
Kementerian bagaimanapun menafikan insiden kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) bocor di Melaka, Selangor dan Sabah.
Malah, tiada peperiksaan ulangan untuk kertas tersebut pada 5 Disember seperti yang disiarkan di dalam Facebook itu.
Kementerian Pendidikan berkata, peperiksaan SPM akan diteruskan mengikut jadual.
Lembaga Peperiksaan berkata, seramai 455, 839 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM yang bermula Isnin lalu. – BERNAMA