Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harta Sajat Disita

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan harta usahawan kosmetik, Muhammad...

Cecair Untuk Panjangkan Usia...

LUOYANG - 'Eliksir untuk hidup kekal abadi' yang terkenal dalam kisah legenda Cina...

2,046 Sekolah Alami Masalah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,046 buah sekolah di seluruh negara dikenal pasti mengalami...

PAN Yakin Dapat 100,000...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) yakin parti itu akan mempunyai seramai...

SPR Sebuah Badan Bebas Dan Berani – Shahidan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dan berani.

Beliau turut menafikan dakwaan Anthony Loke (DAP-Seremban) kononnya SPR takut untuk melantik semula Penolong Pendaftar wakil parti politik kerana wujud agenda politik.

“Tindakan SPR itu kerana mahu menyelaraskan semula (tugas-tugas) Penolong Pendaftar,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Anthony, kemudian bangun dan mempertahankan dakwaannya bahawa SPR tidak sepatutnya menamatkan perkhidmatan itu kerana parti pembangkang sudah membantu menambahkan bilangan pemilih.


Shahidan, bagaimanapun berkata SPR kini sedang mengemaskini tugas-tugas Penolong Pendaftar.

“Kita hanya tangguhkan wakil parti politik tetapi badan bukan kerajaan dan pihak lain masih diteruskan. Harap bersabar,” katanya.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori