Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Isu Baju Anak Gambar...

SUSULAN kritikan netizen yang dilemparkan terhadap aktres Rozita Che Wan kerana memakaikan anak...

SPR Belum Terima Perakuan...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima perakuan keputusan Hakim Mahkamah...

UNSC Beri Sudan Selatan...

NEW YORK (PBB) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam, meluluskan resolusi...

Prayut Diberi Sambutan Rasmi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yang tiba di sini untuk...

Spritzer Tarik Balik Air Mineral Ada Gambar Dewa Hindu

Ekoran pendedahan dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), syarikat pengeluar air mineral, Spritzer Berhad menarik semula penjualan minuman mereka yang mempunyai gambar patung dewa Hindu Batu Caves dari pasaran.

Memetik laporan The Rakyat Post, Pengurus Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata, semua wakil jualan syarikatnya telah diarahkan menarik kembali produk tersebut di rak-rak jualan setiap premis seluruh negara.

Selain itu, Spritzer menghentikan proses cetakan gambar tersebut di kilang dan memastikan produk yang sedia untuk dipasarkan tidak dikeluarkan dari gudang.

“Syarikat kami bukan tidak sensitif terhadap isu ini tetapi tidak menyangka tempat tumpuan pelancongan akan dikaitkan dengan isu keagamaan. Kami juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut belum memutuskan untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka buat masa ini.

Chin menerangkan, Spritzer melakukan kolaborasi dengan Lembaga Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan kawasan pelancongan di negara ini dan gambar kuil Hindu Batu Caves merupakan salah satu yang dicetak pada minuman keluaran syarikat tersebut.


“Kami memohon permit dari Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan mendapat kebenaran untuk mencetak imej tempat-tempat tumpuan pelancong pada botol minuman seperti Persiaran Gurney, Dataran Lang, Zoo Taiping, Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya.”

Pendedahan isu gambar kuil Hindu pada botol minuman Spritzer dibuat oleh Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media, semalam.

Beliau mempertikaikan produk tersebut kerana ia menimbulkan keraguan dan ketidakselesaan pengguna Islam.

Selain itu, Nadzim mempersoalkan logo halal yang digunakan bersama cetakan gambar tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori