Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Terima RM2.28 Bilion...

Seorang bekas ahli lembaga pengarah 1MDB mengesahkan sejumlah RM2.28 bilion ringgit wang dana...

Insiden Gunting Tertusuk Kening...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata...

Manusia Albino Mangsa Buruan,...

NEW YORK - Kesedaran orang ramai berhubung nasib individu yang menghidap masalah albinisme...

Israel Umum Pelan Baharu

TEL AVIV - ISRAEL. Kumpulan hak asasi manusia, Peace Now mendakwa Israel mengesahkan...

SPRM Serah 2 Pegawai Positif Dadah Kepada Polis

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompomi dengan mana-mana pegawai agensi itu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, bagi memastikan perkara itu SPRM menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat ujian rawak penyalahgunaan dadah.

“Ujian ini yang dikendalikan dengan bantuan PDRM melibatkan semua peringkat warga kerja SPRM di seluruh negara yang telah dimulakan di peringkat ibu pejabat.

“Sehingga kini, seramai 27 pegawai dan anggota SPRM telah melalui saringan ujian air kencing secara rambang sejak bulan Oktober 2014 yang telah dilaksanakan dengan bantuan Bahagian Narkotik PDRM Sentul dan Putrajaya bagi memastikan tiada penyalahgunaan dadah.

“SPRM sendiri telah menyerahkan dua pegawai dan warga kerja yang didapati positif dadah kepada polis untuk diambil tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Zakaria berkata, SPRM mahu setiap pegawainya menjadi contoh pegawai berintegriti selaras dengan program integriti yang dianjurkaan SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme.

Justeru, SPRM merakamkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama yang diberikan bagi mengendalikan ujian saringan air kencing.

“SPRM akan terus bekerjasama dengan PDRM bagi meningkatkan tahap integriti dan profesionalisme pegawai-pegawai SPRM,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori