Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selesaikan Masalah Dalaman Secara...

SEREMBAN - Segala permasalahan dalam persatuan perlu diselesaikan secara demokrasi, kata Timbalan Presiden...

Orang Awam Kejar Penculik...

TINDAKAN pantas sekumpulan orang awam berjaya mengagalkan cubaan menculik seorang wanita yang dipercayai...

RM15,000 Untuk Bakat Lan...

ALOR SETAR - Bakat pelawak Lan Pet Pet meniru bunyi berjaya menarik bidaan...

TPPA Buka Akses Kepada...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka akses pasaran berkeutamaan buat...

Spurs Boleh Berdepan Hukuman UEFA, Penonton Ceroboh Padang

LONDON – Tottenham Hotspur mungkin berdepan hukuman Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) selepas perlawanan Liga Europa di antara kelab itu menentang Partizan Belgrade ditangguhkan selama beberapa minit selepas penonton menceroboh padang sebanyak tiga kali, awal pagi tadi.

Pengadil memerintahkan pemain keluar padang selepas 38 minit pada perlawanan Kumpulan C itu ketika kedudukan terikat 0-0.

Pemain kedua-dua pasukan kembali ke padang kira-kira 10 minit dan Tottenham kemudiannya mencatat kemenangan 1-0.

Penonton yang menceroboh padang didapati memakai baju T sama corak dan media British melaporkan bahawa ia mungkin sebahagian daripada helah pemasaran.


“Tiga penceroboh di padang pada perlawanan ini sudah ditahan dan disoal siasat polis.

“Kita akan memberikan maklumat terkini sebaik mendapat maklumat lengkap berkaitan perkara ini.

“Kita meminta maaf kepada penonton atas gangguan dan kelakuan yang tidak dapat diterima,” katanya. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori