Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Najib Bimbang Ekonomi Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan ekonomi Malaysia berdepan dengan...

‘Switch Off’14’ Tidak Beri...

PETALING JAYA - Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengambil pendirian untuk tidak menyokong kempen...

Pembangunan Pendidikan Tak Kira...

HUTAN MELINTANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Wanita Barat Sifatkan Tudung...

PENGACARA dan pelakon Neelofa mengakui bahawa tudung keluarannya, Naelofar Hijab biasanya terjual dalam...

Marahkan Isteri, Suami Tidur Dengan Orang-Orangan

Akibat tidak dapat menahan marah terhadap isteri, seorang suami merajuk dan enggan pulang ke rumah lagi.

Kejadian yang berlaku di  wilayah Guangdong dikatakan berpunca apabila si isteri menghabiskan dua bulan gaji milik suaminya dengan membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November) lalu.

Si suami yang kecewa dengan sikap isterinya ini, berkata dia sering mabuk untuk melupakan kekecewaan selain menjadikan paip konkrit sebagai tempat tinggal baharu.

Bagaimanapun, si suami ini dirisaukan sudah mendapat tekanan sampai ke tahap hampir gila apabila dia didapati mula meletakkan orang-orangan sebagai teman di tempat tidurnya.

Menurut seorang buruh binaan di kawasan berhampiran, dia sering melihat lelaki tersebut memeluk orang-orangan yang dipakaikan pakaian wanita sebelum tidur.


Lelaki tersebut dikatakan memberitahu, dia hanya boleh tidur dengan lena jika memeluk orang-orangan tersebut. Malah dia juga mengaku lebih bahagia bersama orang-orangan itu berbanding isterinya.

Ceritanya kepada buruh binaan tersebut, dia berasa sangat kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak RM 5,452 (10,000 yuan) hanya dengan membeli belah menerusi Internet.

Justeru, dia membuat keputusan tidak mahu berjumpa isterinya dan tinggal di kolong itu selagi amarah masih ada.MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori