Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Makmal Inovasi, Keusahawanan Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi akan bekerjasama dengan Asia School of Business...

Dua Cedera Ringan, Helikopter...

KUALA LUMPUR - Dua juruterbang cedera ringan selepas helikopter Robinson R-66 terhempas di...

Mahkamah Dijangka Buat Keputusan...

THE HAGUE : Hakim Belanda dijangka membuat keputusan Khamis ini terhadap empat lelaki...

Bajet 2015: Kos Sara...

KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup dianggap paling penting dalam kalangan rakyat Malaysia...

Subsidi Petrol Perlu Dimansuhkan Berperingkat – Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, proses memansuhkan subsidi petrol RON95 yang dilaksanakan bulan depan sepatutnya dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, pada asasnya Dr Mahathir bersetuju dengan langkah itu.

Beliau berkata pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan ke atas bahan api itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit agar tidak membebankan rakyat.

“Saya ingat kalau subsidi sekarang ini berkurangan bukan mana pun sebab harga minyak murah. Apabila harga minyak murah, tidak perlulah banyak subsidi.

“Jadi kalau kita nak kurangkan subsidi boleh lah tapi buat secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Universiti MAHSA di Putrajaya hari ini.

Selain, bebanan buat rakyat langkah itu yang dibuat mendadak kemungkinan akan mempengaruhi keadaan ekonomi.


“Secara umumnya, saya bersetuju dengan pengurangan subsidi. Apapun kita buat secara berperingkat-peringkat. Pengurangan sepatutnya sedikit demi sedikit sehingga dihapuskan sebab dia boleh mempengaruhi keadaan ekonomi,” katanya seperti dipetik laman web Astro Awani.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan penetapan harga runcit petro RON95 dan Diesel dibuat mengikut sistem pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember depan.

Mulai tarikh itu juga, tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori