Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

152 Pelajar Sekolah Sains...

SEREMBAN – Tempat penyediaan makanan di dapur asrama Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah...

Kerja Penimbunan Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penimbunan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah sedang giat...

Hari Wartawan: Najib Sertai...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyertai lebih...

Manifesto Kerajaan Negeri Pulau...

GEORGETOWN : Sebanyak 68 manifesto kerajaan negeri Pulau Pinang mencapai 90 peratus pelaksanaan...

Suri Rumah Ditemui Mati Dengan Kesan Lebam Di Muka, Badan

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka dan badan dipercayai akibat dipukul anggota keluarga terdekatnya di sebuah kediaman di Taman Puchong Utama, Bukit Puchong, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mayat G. Kanagaletchumi, 25, ditemui adik lelakinya dalam keadaan terbaring di tengah rumah kira-kira pukul 12 tengah malam dan polis menerima panggilan sejam kemudian.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata suspek disyaki memukul wanita itu dengan tangan sehingga menyebabkan kematian.

Yahaya berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa sering bergaduh dengan suspek yang dipercayai seorang penagih dadah.


Beliau berkata adik mangsa memaklumkan bahawa suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penjaga kafe internet pernah menyatakan niat buruk ke atas mangsa.

Katanya suspek dipercayai melarikan diri di Kedah dan sebelum kejadian sempat menghantar kedua-dua anak lelakinya masing-masing berusia enam tahun dan dua bulan ke rumah ibunya yang terletak berhampiran.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori