Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pertumbuhan Pembiayaan Bersih Lebih...

KUALA LUMPUR - Pertumbuhan pembiayaan bersih Malaysia terus menyokong aktiviti ekonomi tetapi lebih...

Isu Banjir: BN Sifatkan...

GEORGE TOWN - Seorang wakil rakyat hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan...

Acara Tarian Naga LED...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, satu acara...

Kanak-Kanak 8 Tahun Jadi...

Tersentuh hati kami melihat perilaku seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang baru berusia 8...

Suria Cinta, Rancangan Radio Paling Lama Didengar Di M’sia

KUALA LUMPUR – Segmen Suria Cinta yang kendalian Deejay Lin di Suria FM merupakan rancangan radio paling lama didengar mengalahkan semua saluran radio berbahasa Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Star Radio Group, Kudsia Kahar, kejayaan segmen itu disahkan selepas kajian soal selidik dilakukan oleh firma penyelidikan GfK.

“Penyelidikan yang dilakukan oleh firma penyelidikan GfK mendapati pencapaian stesen radio Suria FM sangat menggalakkan iaitu mencecah 2 juta pendengar dalam masa seminggu dan memiliki peningkatan jumlah yang stabil dalam tempoh lima tahun.

“Manakala pendengar meluangkan masa 2 jam 45 minit setiap minggu bagi mengikuti segmen Suria Cinta dan ini merupakan jangka masa mendengar paling lama diantara semua stesen radio berbahasa Melayu di negara ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Kudsia berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kaji selidik pertama yang dilakukan oleh firma penyelidikan GfK bagi menjalankan kajian ukuran pendengar empat stesen radio bawah Kumpulan Radio Star iaitu Suria FM, RED FM, 988, dan Capital FM.

Suria Cinta ke udara setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Bagi segmen Ceria Petang yang dikendalikan oleh Linda Onn pula, ia berjaya menarik 15 peratus jumlah pendengar berpendapatan RM5,000 ke atas dan merupakan peratus tertinggi antara kesemua segmen petang untuk stesen bahasa Malaysia yang lain.

Sementara itu, bagi stesen radio berbahasa Inggeris RED FM, peningkatan pendengar sebayak empat kali ganda menjadikan jumlah pendengarnya seramai 406,000 dalam masa seminggu.


RED FM juga berjaya menarik pendengar daripada golongan berpendapatan tinggi dengan hampir separuh pendengarnya adalah golongan kolar putih. Selain itu, stesen radio berbahasa Cina 988 tetap konsisten dengan pendengar seramai 1.5 juta dalam masa seminggu.

Stesen ini juga menguasai segmen 10 malam hingga 1 pagi dengan jumlah pendengar seramai 400,000 orang seminggu.

“Ini merupakan segmen yang mempunyai jumlah pendengar paling tinggi di antara semua stesen radio berbahasa Cina dan lebih 50 peratus pendengar adalah golongan bandar dan 28 peratus di kawasan utara,” ujarnya.

Bagi Capital FM yang merupakan stesen radio pertama Malaysia yang mensasarkan pendengar wanita di kota merupakan pertama kali stesen radio ini mengambil bahagian dalam kajian yang dilakukan sejak menyertai Kumpulan Radio Star.

Biarpun hanya boleh didengari di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja, Capital FM kini telah mencapai seramai 56,000 pendengar seminggu.

Rating pendengar ini adalah ukuran yang dilakukan selama enam minggu bermula hujung September lalu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori