Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wujudkan Rumah Sementara Bagi...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri...

Mangsa Dipercayai Beli Arak...

KAJANG - Seorang mangsa keracunan arak yang kini dalam keadaan kritikal di Hospital...

Pelakon Tidak Semestinya Dedah...

AKTRES dan penyanyi Liyana Jasmay, 28; menegaskan bahawa mendedahkan tubuh badan kepada umum...

TV AlHijrah Lancar Kombo...

BANYANGKAN dengan RM50 ribu, pengiklan berpeluang tampil dalam 40 minit keseluruhan dalam lima...

Kisah Sweet.. Hadiah ‘Nasi Ayam’ Untuk Pujuk Tunang Merajuk

Penangan Iphone 6 sememangnya luar biasa.

Macam-macam versi kita dengar kisah telefon bimbit canggih idaman ramai ini. Namun kisah kami kongsikan ini mungkin antara yang paling sweet malah ia berlaku di tanahair kita.

Ini adalah kisah adik selebriti terkenal, Fizo Omar bernama Wan Diana Omar. Kisah ini jadi viral gara-gara ramai yang terharu selepas mengetahuinya.

Segala-galanya bermula apabila Wan Diana dikatakan merajuk terhadap tunangnya, Mohd Hafiz.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz yang memiliki akaun Instagram @mhfzz pandai meredakan kemarahan bakal isterinya dengan memuat naik gambar sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf, lalu meminta Wan Diana keluar untuk mengambilnya.

Wan Diana kemudiannya re-post gambar tersebut di akaun Instagramnya dengan membalas,  “At this hour. Are you kidding me baby??”

ip3

Rupanya, nasi ayam ini bukan nasi ayam biasa-biasa taw!

i6


Sebaik dibuka bungkusan nasi ayam diberikan Mohd Hafiz, nyata tiada sebarang nasi mahupun ayam sebaliknya sebuah telefon bimbit Iphone 6.

Apa lagi, kemain sukalah Wan Diana melihat hadiah tidak disangkakan itu. Terus hilang rasa amarah yang membelenggu diri.

Gila! Kalau macam gini punya hadiah siapa yang nak marah lama-lama kan?

Ramai pengguna Instagram memuji usaha dilakukan Mohd Hafiz untuk menjaga hati pasangan yang boleh dikira romantik abis ni. Tak kurang juga, yang berharap kekasih hati masing-masing melakukan kejutan seumpama ini.

Hm, sekadar info tambahan.. dengar-dengarnya tunang Wan Diana ini merupakan sepupu kepada Shila Amzah..

ip0

Apa-apa pun, kami ucapkan selamat berbahagia kepada Wan Diana Omar dan Hafiz yang dah tak lama lagi dah, bakal bergelar suami isteri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori