Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ais Krim Istimewa Hidangan...

BANDAR BAHARU (Kedah) - Lemak dan berkrim. Tekstur dan rasanya seperti isi durian...

SPR Terima 73,806 Pendaftaran...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima sebanyak 73,808 permohonan pendaftaran pemilih...

JDT Hanya Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya untuk mereka...

Masih Awal Untuk Hentikan...

PUTRAJAYA - Pertimbangan untuk menghentikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penyusutan...

Syarat ‘Unik’ Arab Saudi Akan Benar Wanita Pandu Kereta

Semua sedia tahu, Arab Saudi melalui undang-undang yang digariskan sejak dahulu telah melarang kaum hawa untuk memandu kereta.

Kerajaan di sana menggunakan pelbagai sebab dan alasan sebagai kesimpulan untuk mewartakan peraturan itu, antaranya dia menjejaskan kesihatan dan bertentangan hukum.

Namun, melalui laporan sebuah portal antarabangsa, National Post, kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan untuk membenarkan wanita memandu di sana.

Cadangan berani tersebut dilakukan oleh Majlis Syura Arab Saudi, namun bukanlah semberono kerana beberapa syarat bakal digariskan sebelum ianya dilaksana.

Antara syarat yang bakal digariskan adalah, hanya wanita yang berusia 30 tahun ke atas layak untuk memandu. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang alat solek ketika memandu!

Bukan sekadar itu, golongan wanita juga hanya dibenarkan memandu mengikut jadual yang ditetapkan iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu hingga Rabu, dan dari tengah hari sehingga 8.00 malam pada hari Khamis dan Jumaat.

Menurut sumber AP, wanita yang layak juga harus meminta kebenaran dari golongan lelaki, sama ada bapa, suami, saudara lelaki atau anak lelaki.

Bagi pemanduan di sekitar bandar, pemandu tidak memerlukan mahram lelaki untuk menemaninya. Namun, jika dia memandu keluar dari bandar, maka dia memerlukan mahram sebagai penumpang.


Saranan juga mengatakan keperluan mewujudkan Jabatan Trafik Wanita yang khusus membantu golongan tersebut andai mereka menghadapi masalah di atas jalan raya, mahupun kes gangguan seksual.

mideast-saudi-women-drivers

Undang-undang tersebut merupakan antara yang mendapat perhatian seluruh dunia, terutama dari golongan pejuang hak-hak asasi dan feminis kerana menggangap ia menindas kaum wanita.

Ia dilakukan kerajaan konservatif Arab Saudi kerana beranggapan, membenarkan wanita memandu akan membuatkan mereka sukar dikawal dan lebih ‘bebas’.

Walau bagaimanapun, ketika khabar tersebut mula bertebaran, wakil Majlis Syura Mohammed al-Muhanna berkata kepada akhbar tempatan, laporan membenarkan golongan wanita memandu adalah tidak benar. – MYNEWSHUB.CC

 

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori