TAHNIAH diucapkan buat anggota kumpulan Sleeq, Syarif yang telah selamat bergelar suami kepada suri hatinya, Malaque Mahdaly, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Singapura, semalam.
Majlis pernikahan Syarif atau nama sebenarnya, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, bertemakan Arab dan pasangan mempelai menggayakan busana bertemakan negara padang pasir yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Singapura iaitu Lulu Alhadad.
Memang unik dan tersendiri persalinan mereka ni, mana tahu boleh menjadi ilham buat bakal mempelai di luar sana.
Apa-apa pun jom layan dulu gambar-gambar menarik yang sempat dibidik CST Production yang merupakan jurufoto rasmi majlis pernikahan penyanyi ini. – MYNEWSHUB.CC