Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tesla, Apple Didakwa Terlibat...

NEW YORK - Lima syarikat teknologi terbesar di dunia didakwa terlibat menyebabkan kematian...

Najib Lancar Portal Rasmi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan...

Paras Air Empangan Di...

SEREMBAN - Paras air Empangan Gemencheh kini berada pada tahap kritikal apabila turun...

Gigi Emas Pejuang Kemerdekaan...

KINSHASA: Selepas lebih 60 tahun dibunuh, sebatang gigi emas milik wira kemerdekaan Republik...

Tak Pernah Genggam Satu, Nora Danish Teringin Menang Anugerah

SEPANJANG 10 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, aktres kecil molek, Nora Danish mengakui dirinya kini teringin untuk mengenggam sebarang anugerah yang dapat mengiktiraf bakat lakonannnya, selepas diadili orang-orang kuat industri perfileman dan lakonan tempatan.

“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.

“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senario telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lagi untuk terus bertahan lama dalam industri, seseorang pelakon itu perlu menjaga kualiti lakonan mereka dan itulah yang mahu dilakukan Nora.

Fokusnya kini adalah memberikan yang lebih baik daripada segi lakonan agar peminat terus menyukai watak-watak yang dijayakannya baik dalam naskhah drama mahupun filem.
MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori