Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Buruh Hadapi Sembilan Tuduhan...

JOHOR BAHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Ibu Mangsa Lempar Kerusi...

KEMATIN seorang remaja maut ditimpa kerusi pejabat dibaling dari tingkat atas sebuah pangsapuri...

Aisyah: Muslimah Terhebat Sepanjang...

SAIDATINA Aisyah binti Abu Bakar; contoh terbaik ‘beauty with brain’. Digelar al-Humaira yang bermaksud...

Polis Buru Penonton Saksikan...

RUSIA – Seorang lelaki melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia mengumumkan untuk membunuh...

TAM Tukar Kod Penerbangan Kerana Ramalan Pesawat

Brazil – Sebuah syarikat penerbangan Brazil, TAM Airlines telah menukar nombor kod salah satu penerbangannya selepas seorang psikik meramalkan pesawat itu akan terhempas di Sao Paulo.

Jucelino Nobrega da Luz meramalkan TAM dengan penerbangan JJ3720 akan mengalami masalah enjin, menyebabkan pengurusan TAM kemudiannya menukar kod penerbangan kepada JJ4732.

Nobrega da Luz sebelum ini mendakwa meramal kematian Puteri Diana dan kematian Ayrton Senna serta calon Presiden Brazil, Eduardo Campos.

Namun ramalannya bahawa AIDS akan menemui penawar pada 2008 dan keputusan pilihan raya Brazil pada 2006, tidak menjadi.

Tahyul dalam industri penerbangan bukan perkara baru malah banyak syarikat penerbangan menjauhi dan takut menggunakan nombor 13.


Selain itu nombor 911 dan 666 juga turut dielakkan daripada digunakan oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Antara yang percaya kepada tahyul ialah syarikat penerbangan US Airways yang telah menggugurkan nombor pesawat 1549 susulan kemalangan yang berlaku pada 2009.

Juruterbang pesawat itu bagaimanapun berjaya mendaratkan penerbangannya dengan selamat di sungai Hudson.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori