Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

SPRM Dalam Tindakan Selesaikan...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam tindakan untuk menyelesaikan...

Kedah Tekad Hapus Pusat...

KUALA NERANG - Kerajaan Kedah bertekad untuk membanteras habis-habisan pusat-pusat perjudian haram di...

Lelaki Maut Motosikal Rempuh...

LUMUT - Seorang penunggang motosikal maut manakala rakanya cedera parah selepas motosikal yang...

PRN Johor: Integriti, Kredibiliti...

Kluang : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Tan Sri Muhyiddin Melawat Jepun, Australia

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mewakili Malaysia pada Persidangan Pendidikan Sedunia Unesco mengenai Pembangunan Lestari ketika melakukan lawatan kerja dua hari ke Nagoya, Jepun mulai hari ini, disusuli dengan lawatan ke Australia.

Pejabat Timblan Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, akan menyertai peserta lain pada persidangan bertemakan ‘Celebrating a Decade of Action’ (Meraikan Tindakan Sepanjang Satu Dekad) itu, di Nagoya Congress Centre.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan satu kenyataan pada persidangan meja bulat peringkat tinggi pada perhimpunan di Nagoya itu pada Isnin,” katanya.

Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Hakubun Shimomura dalam acara sampingan persidangan itu.

Dari Nagoya, Muhyiddin akan ke Canberra, ibu negara Australia, dan Perth, untuk melakukan lawatan kerja tiga hari, bermula Selasa.

Di Canberra, Muhyiddin dijadual merasmikan Pusat Rangkaian Pengajian Global Malaysia yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Australia National University dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara dua institusi pengajian tinggi terkemuka berkenaan berhubung penubuhan pusat itu.


Muhyiddin juga dijadual mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss sebelum berlepas ke Perth, ibu negeri Australia Barat.

Jadual beliau di Perth termasuk lawatan ke Fremantle Port untuk menghadiri taklimat tentang fasa baharu operasi mencari pesawat Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Pesawat jenis Boeing 777 bersama 239 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan ke Beijing apabila hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac.

Operasi mencari MH370 di dasar laut ketika ini dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai bersemadi setelah melencong daripada laluan asal penerbangannya dalam satu kejadian penuh misteri.

Di Perth, Muhyiddin dijadual melakukan kunjungan terhadap Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett.

Timbalan Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan beliau dengan merasmikan Dewan Malaysia Perth di Newcastle Street. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori