CANBERRA – Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Canberra untuk lawatan kerja tiga hari di ibu negara Australia dan Perth.
Muhyiddin dan rombongannya berlepas ke Canberra kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan (Malaysia lewat tiga jam) dari Nagoya, Jepun selepas mewakili Malaysia pada Persidangan Sedunia Unesco mengenai Pendidikan dan Pembangunan Lestari 2014.
Beliau diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Muhyiddin dijadual menghadiri perjumpaan dengan anggota komuniti Malaysia termasuk pelajar di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, petang ini. – BERNAMA