Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Che Ta Dikecam Pakai...

TERNYATA dunia artis banyak mehnah dan ragamnya. Terdahulu viral menerusi laman sosial ratu...

Pelakon Baru, Elvina Terkejut...

NAMA pelakon baharu, Elvina mula dikenali ramai melalui watak Dayana dalam drama Cinta...

Mengaku Kalah Selepas 16...

Jangan ingat tugas sebagai seorang ibu adalah mudah. Ia terbukti apabila seorang bapa,...

Buka Banyak Sektor Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan...

Tanah Mendap: Jalan Penarik Ke Kampung Raja Besut Ditutup

SETIU – Jalan Penarik ke Kampung Raja di Besut ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku tanah mendap akibat banjir yang melanda kawasan Penarik malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata mendapan itu berlaku di Kampung Nyatoh berhampiran Pusat Tahfiz Baitul Rahmah.

Katanya pengguna jalan raya dari Kampung Raja untuk ke Kuala Terengganu dinasihat membuat lencongan di Jalan Guntong Dalam.

“Pengguna jalan raya dari arah Kuala Terengganu yang hendak ke Kota Baharu (Kelantan) dinasihat menggunakan jalan dari Batu Enam, Kuala Terengganu ke Sungai Tong dan ke Bandar Permaisuri sebelum ke Jerteh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Ab Rahman berkata laluan berkenaan ditutup sejak 11 malam tadi setelah mendapati mendapan tersebut bertambah serius dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Katanya kerja membaiki sedang giat dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori