(Wanita yang mengugut untuk menyebar video aksi bogel Tan)
SEORANG lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai John Tan, 30, menanggung malu selepas video aksi bogelnya tersebar di laman perkongsian video, Youtube, baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, video tersebut dipercayai disebarkan oleh seorang wanita yang dikenalinya di laman Facebook, Sabrina Leung, selepas mangsa tidak menunaikan permintaannya untuk membayar wang RM10,000 jika tidak mahu video itu dimuat naik di Internet.
Perkenalan mereka di Facebook berpanjangan sehingga ke laman bual Skype di mana Sabrina memintanya berbogel untuk membuktikan rasa cintanya terhadap wanita tersebut.
Tidak menghiraukan ugutan tersebut, Tan, baru-baru ini terkejut apabila mendapati video bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.
Tan mengakui terpedaya dengan gadis itu yang disifatkannya mempunyai bentuk badan dan berpersonaliti menarik. – MYNEWSHUB.CC