Penduduk bandar Zhanjiajie  gempar apabila sebuah takungan najis meletup secara tiba-tiba hingga menyebabkan sebuah bangunan berdekatan runtuh, sabtu lalu.
Insiden ini sekaligus membuatkan 15 mangsa mengalami kecederaan ringgan namun hanya tiga mangsa sahaja dimasukkan ke hospital.
Menurut laporan berita Xinhua, kejadian ini dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki membakar sisa buangan berhampiran takungan itu, menyebabkan gas metana terbakar dan meletup secara tiba-tiba.
Kejadian ini dikatakan turut berkait kononnya bangunan yang dibina tidak menfokuskan aspek keselamatan gara-gara tergesa-gesa membina bagi memenuhi permintaan ratusan juta penduduk yang berpindah ke bandar raya tersebut.
Bagaimanapun, kes yang menjadi perbualan di negara China ini mendapat perhatian yang serius oleh pihak berkuasa dan kini siasatan giat dijalankan.- MYNEWSHUB.CC