Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tewas 0-2 Berdepan...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi hambar apabila tumpas 0-2...

Politeknik Penuhi Keperluan Industri...

PUTRAJAYA – Sebuah restoran di Selatan India tular baru-baru ini apabila menggunakan robot...

Mana Integriti Kit Siang...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dakwaan...

Hasil Siasatan Kondominium Runtuh...

KUALA LUMPUR - Keputusan siasatan ke atas sebahagian struktur kondominium 37 tingkat dalam...

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya

Panas kembali nama pelawak Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan artis lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya kepada akhbar Berita Harian.

Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”

imageResize pelakonkantoifoto1

Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita.

Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, artis berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke sebuah kedai untuk diservis.

Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan kad memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan gambar panasnya di laman sosial.


Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran gambar tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya.

Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”

15589356026_8fe475e7eb_b

Bagaimanapun, Tauke berkata dia berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.

Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kini Tauke dan Yus bergabung dengan Zizan Razak membentuk Kumpulan Virus bagi musim ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori