Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Cara Beri Pengajaran...

MEMBUANG sampah merata-rata ikut suka hati masing-masing terutamanya ke luar tingkap kereta sememangnya sudah...

Bertempiaran Lari Tinggalkan Rokok...

Tawau : Sekumpulan lelaki yang sedang leka memunggah rokok seludup berhampiran Sungai Merotai...

Lelaki Maut Motosikal Hilang...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar...

Curi Penutup Tandas: Pelancong...

PENUTUP atau tempat duduk tandas pun hendak 'dicuri' oleh sepasang pelancong dari China selepas...

Teknologi ‘Set Net’ Tidak Beri Persaingan Kepada Nelayan

KUALA LUMPUR – Teknologi penangkapan ikan ‘Set Net’ dari Taiwan, yang bakal digunakan di perairan Sarawak, Sabah dan Labuan, tidak akan memberi persaingan kepada nelayan tempatan termasuk nelayan pukat jerut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata teknologi baharu itu akan hanya digunakan di persekitaran Pulau Layang-layang manakala kawasan operasi pukat jerut ialah di Venon Bank dan Luconia Shelf.

“Ia bagi menguji kesesuaian teknologi moden ini dengan perairan di negara ini khususnya perairan Pulau Layang-layang. Spesies ikan utama yang
disasarkan ialah ikan bernilai tinggi seperti ikan tuna, jenahak dan cermin,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad Fauzi bertanya sama ada teknologi ‘Set Net’ dari Taiwan boleh mengganggu pendapatan nelayan tempatan di situ yang sekian lama menggunakan pukat jerut bagi menangkap ikan di kawasan perairan itu dan sama ada teknologi itu bakal disalur kepada nelayan tempatan untuk menggantikan pukat jerut.

Tajuddin berkata teknologi penangkapan ikan baharu itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Syarikat Next Pearl (M) Sdn Bhd dan National Taiwan Ocean University.

Jika teknologi itu sesuai digunakan di perairan Malaysia, katanya kerajaan menerusi kementerian akan memperluaskan penggunaannya kepada pengusaha dan nelayan tempatan yang berminat dan berpotensi.


“Syarikat ini akan membekalkan teknologi, sangkar, makanan ikan kepada nelayan-nelayan yang akan menjadi vendor dan syarikat ini akan membeli ikan ikan itu,” katanya.

Tajuddin berharap projek itu dapat meningkatkan pengeluaran ikan marin khususnya di perairan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) seluas 250,000 kilometer persegi.

“Hasil kajian oleh penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia mendapati potensi sumber ikan pelagik di perairan itu adalah sebanyak 340,000 tan metrik dan sumber tuna 25,000 tan metrik.

“Namun, kadar tangkapan pada masa ini adalah masing-masing 25,000 tan metrik dan 3,000 tan metrik setahun,” katanya.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata projek itu akan meliputi pembangunan sangkar hatceri dan nurseri, sangkar ternakan ikan, penyelidikan dan pembangunan, latihan kepada pelajar universiti dan ekopelancongan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori