Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Istana Negara Nafi Agong...

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong,...

Guna Program Deradikalisasi Untuk...

BAGAN DATUK - Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengguna pakai program deradikalisasi ke...

UTM Disenarai Antara 100...

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disenaraikan sebagai antara 100 Universiti Terbaik...

Tindakan PTPTN Senaraikan Nama...

KUALA LUMPUR - Tindakan menyenaraikan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

Demi Keselamatan Telur Diharamkan Di Brisbane Minggu Ini

BRISBANE – Belajar daripada kesilapan semasa jadi tuan rumah sidang kemuncak 20 negara kuasa ekonomi dunia (G20) di Melbourne pada 2006, kali ini kerajaan Australia membuat persediaan keselamatan amat ketat bahkan didakwa paling pelik dalam sejarah.

Sebanyak 19 buah kereta limosin Mercedes Benz S-Guard kalis peluru disewa khas untuk pemimpin dikenal pasti berisiko, tetapi ini tidak termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang datang dengan kereta khas sendiri.

Selain lebih 6,000 anggota polis dari Queensland, negeri-negeri berjiran waima negara jiran, New Zealand dikerah bertugas, kerajaan negeri Queensland malah isythar cuti peristiwa pada Jumaat ini menjelang persidangan dua hari pada keesokan harinya itu.

Namun lebih aneh, bimbang dengan ancaman penunjuk perasaan antikapitalis di samping amaran serangan militan Negara Islam (IS), polis turut mengharamkan banyak barangan dapur yang dianggap berpotensi mencetuskan bahaya kepada nyawa pemimpin asing.


Antaranya tali cemeti, sumpit, laying-layang serta objek kecil boleh dilontar dari jarak jauh iaitu telur dan tin logam manakala spesies haiwan reptilia dan serangga seperti semut yang didakwa mampu menyebabkan kecederaan fizikal juga ditegah dibawa ke Brisbane.

Penolong pesuruhjaya polis Queensland, Katarina Carroll berkata, tempat persidangan iaitu Brisbane Convention and Exhibition Centre juga menjadi zon larangan terbang dengan pemantauan jet pejuang F/A18 Super Hornet dari tentera udara diraja Australia.

Bayangkanlah betapa ketatnya kawalan yang dirancang dua tahun lalu termasuk menutup sungai dekat pusat persidangan dan lebih lucu, selain meriam air, polis juga ada meriam bunyi bising bagi mengusir aktivis yang biasa diguna polis antirusuhan di AS. – Agensi

Banyak laluan di pusat bandar Brisbane ditutup kepada orang awam sebagai langkah keselamatan paling ketat menjelang sidang kemuncak G20 di bandar raya ketiga terbesar di Australia itu minggu ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori