Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Netizen Puji Pelajar Tidak...

SEORANG pelajar mendapat pujian ramai netizen selepas dia tidak menarik tangan dan membiarkan...

Sistem Amaran Tsunami Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai sistem dan kelengkapan yang cukup baik untuk mengesan...

KDN Arah Institusi Kewangan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menguatkuasakan Perintah Pencegahan Pengubahan Wang...

Rafizi Dan Mahathir

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli umum akan buat "comeback" dalam dunia politik.Mahu...

Cuma Teman Berpeluk.. Bayarannya RM185

Indiana – Jika anda berasa tertekan, kesepian dan dalam kesakitan, kadang-kadang apa yang anda perlukan adalah pelukan.

Atas dasar berkenaan, seorang ibu kepada dua anak melancarkan perniagaan pelukan kepada pelanggan dengan bayaran sebanyak RM185 untuk 30 minit, RM314 untuk sejam dan RM472 untuk 90 minit.

Menurut wanita itu, Lisa Kelly, dia akan melawat rumah pelanggan dan akan berbaring dalam posisi yang berbeza, bertujuan memberikan ketenangan kepada pelanggan.

Meskipun dia dikritik kerana perniagaan itu hampir menyamai pelacuran dan memalukan keluarganya namun Kelly menegaskan hubungan seksual tidak terlibat dalam perniagaan pelukan berkenaan.

Malah katanya, dia mengenakan pelbagai syarat termasuk tidak boleh menyentuh bahagian tertentu dan pelanggan dianggap sebagai anak-anak.


“Ia bukan hubungan seksual. Ia adalah sesuatu untuk mereka yang berasa kesepian dan kesakitan,’’ katanya.

Kelly berkata, dia juga akan memastikan dirinya dan pelanggan menitik beratkan amalan kebersihan termasuk berus gigi, mandi serta memakai pakaian bersih.

Demi keselamatannya, pihak ketiga akan dihubungi bagi memaklumkan mengenai sesi berkenaan dan dia juga akan bertemu dengan pelanggannya sebelum sesi pertama bermula.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori