Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kutipan Cukai GST Tampung...

KUALA LUMPUR - Kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi serta...

Sistem Baharu Umrah Tawar...

MAKKAH – Satu sistem umrah yang baharu bakal diumumkan tidak lama lagi sekali...

AS ‘Buat Masa Ini’...

TEHRAN - Amerika Syarikat (AS) pada masa ini, dijangka akan kekal dalam perjanjian...

Pensyarah Kolej Matrikulasi Maut...

SEREMBAN - Seorang pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah,...

Terengganu Bakal Banjir Jika Hujan Berterusan

KUALA TERENGGANU – Kawasan rendah di Terengganu berisiko dilanda banjir jika hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat di seluruh negeri ini masih berterusan.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata rekod masa ini menunjukkan purata taburan hujan di Terengganu adalah antara dua dan 80 milimeter.

Beliau berkata taburan hujan lebat dikesan di kawasan sebelah pantai di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Paras air di sungai-sungai utama seluruh negeri masih mencatat paras normal manakala angin kencang dan laut bergelora dijangka membawa angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter.


“Ribut petir di perairan Terengganu dijangka berterusan dan kawasan pantai terdedah dengan kenaikan air paras laut,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Semua jabatan dan agensi negeri dan daerah juga diminta terus bersiap siaga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori