Umum sedia maklum, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memang tak lekang dek kontroversi. Jika diimbas pada Mei lalu, dia telah didakwa atas tuduhan menghasut melalui satu klip video satira politik yang diterbitkan bersempena Tahun Baru Cina.
Terbaharu, Terasa memuatnaik satu status di laman sosial Facebook tentang dakwaan yang dipetiknya dari agensi berita Al Jazeera TV berkenaan isu orang asli dipaksa memeluk Islam.
Menurutnya, berita bertajuk Malaysia Indeginious Conversion (penukaran agama orang asli Malaysia) itu diperoleh melalui satu kiriman ‘Whatsapp’.
Dalam klip tersebut, penduduk di suatu kawasan di Pahang dikatakan mendakwa telah dipaksa menukar agama andai mereka ingin mendapatkan bantuan daripada kerajaan persekutuan.
Dalam tulisannya, Teresa berkata, isu tersebut dibangkitkannya ketika perbahasan bajet Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah pada rabu lepas.
Dan semalam, Teresa sekali lagi menaikkan isu berkenaan ketika Timbalan Menteri Datuk Alexender Nanta Linggi (Kapit) sedang memberi jawapan dalam sidang Dewan Rakyat.
Walaupun ditegur oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, yang berkata, isu itu tidak berlaku di kawasannya sekalipun terdapat komuniti orang asli di situ, Teresa tetap mendesak agar laporan tersebut disiasat.
Bukan itu sahaja, Teresa juga menunjukkan klip tersebut kepada Alexender yang kemudiannya menghubungi JAKOA berkaitan isu ini.
Ujar ahli politik DAP itu, Alexender perlu mengarahkan para pegawai JAKOA agar menjalankan tugas secara profesional dan saksama.
Persoalannnya, apa yang Teresa bising sangat sedangkan gerakan Kristian juga diuar-uarkan sudah lama melakukan aktiviti begini malah wujud dakwaan penggunaan wang dalam hal ini.
Kalau Teresa nak bising..  bisingkan sekali soal penyebaran Kristian ni jugak!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR