Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Video Lucah: Azmin Belum...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan...

“Ini Saya Sangat Keliru...

TIDAK pernah ada sebarang bukti atau gambar sahih (bukan edit, ya) bahawa saya...

Ayam Goreng Berbulu.. Menu...

Anda peminat tegar KFC dan mengikuti perkembangan menu restoran makanan segera ini? Kalau...

Schumacher Kini Lumpuh, Hilang...

PERANCIS: Seorang bekas pemandu Formula Satu (F1) mendakwa legenda sukan itu, Michael Schumacher...

Terjun Bangunan Kerana Sangka Tak Dapat Kerja

Zhengzhou – Seorang wanita mati selepas terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan, setelah menyangka dia gagal dalam temuduga untuk bekerja di sebuah kilang di Henan, meskipun keputusan temuduga itu belum diputuskan lagi.

Hu Tai, 27, terjun dari ketinggian 200 kaki bangunan terbabit. Dia berbuat demikian selepas pengurusan kilang memaklumkan bahawa mereka akan menghubunginya dalam masa beberapa hari lagi bagi memaklumkan keputusan temuduga tersebut.

Menurut saksi, sebaik keluar dari bilik temuduga, dia berjalan meluru ke bilik menunggu, kemudian membuka tingkap dan terus terjun.

Polis berkata, Hu, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun, meninggal dunia serta merta selepas terjatuh di atas batu konkrit.

Hu sanggup merempuh perjalanan sejauh 100 batu dari Ayang, semata-mata untuk menghadiri temuduga berkenaan.


Malah dia turut membawa bersama semua barangnya yang ditinggalkan di lobi bangunan dengan harapan akan terus mendapatkan pekerjaan.

“Dia kelihatan sangat cemas semasa temuduga dan memaklumkan dia amat memerlukan pekerjaan ini,’’ kata seorang saksi.

Temuduga tersebut turut dihadiri oleh 20 calon yang lain.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori