Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Range Rover ‘Second Hand’...

KERETA mewah milik pemangku takhta DiRaja Britain, Putera William gagal terjual dalam satu...

Pekerja Ladang Tak Mengaku...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Beli Sos Cili Dapat...

Kita bukan tak biasa dengar tentang penemuan objek jijik dalam produk di pasaran...

Generasi Kedua Felda Terima...

KOTA TINGGI - Sebanyak 360 surat tawaran perumahan untuk generasi kedua Felda Sungai...

Thai Cekup Lanun IT Sweden

Fredrik Neij (kanan) ketika disoal siasat seorang pegawai imigresen Thailand di sempadan negara itu dengan Laos lewat kelmarin.

BANGKOK – Pengasas bersama laman web perkongsian fail ternama, The Pirate Bay, Fredrik Neij berjaya dicekup polis Thailand ketika berhenti di sempadan Thai-Laos kelmarin bersama-sama dengan seorang isterinya, warga Laos, lapor media Thailand semalam.

“Dia ditahan lewat petang Isnin ketika cuba memasuki Thailand,” kata pemerintah pos sempadan Nong Khai, Kolonel Suriyakulna Ayutthaya kepada pemberita tempatan sebagai mengesahkan berita penahanan lelaki warga Sweden berusia 36 tahun itu.

Kerajaan Sweden memohon bantuan pihak imigresen Thailand untuk menangkap Neij atas dakwaan cetak rompak filem dan muzik terbesar di dunia melibatkan kerugian AS$5 juta (kira-kira RM17 juta) sejak mengasaskan laman web haram itu pada 2003 lalu.

Pengasas The Pirate Bay, Gottfrid Svartholm Warg dan Peter Sunde telah pun ditahan pada 2009 serta dihukum penjara setahun bersama-sama seorang lagi rakan mereka, Carl Lundstroem yang dipercayai penyumbang dana kepada laman dengan 35 bahasa utama itu.


Neij dilaporkan terbang ke Asia tenggara selepas dibebaskan dengan ikat jamin manakala Warg dikatakan lari semasa perbicaraan rayuan sebelum ditahan polis Kemboja pada 2012 dan diserahkan kepada kerajaan Denmark yang mengkehendakinya atas kes sama. – Agensi

– AMREE AHMAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori