Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Tolak Ansur Kes...

Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi...

Lelaki Bunuh Rakan Yang...

SEORANG lelaki didakwa kerana memukul rakannya sehingga mati gara-gara takut rakannya bertukar menjadi...

Perluasan Akan Lonjak Pertumbuhan...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yakin perluasan Lapangan Terbang Antarabangsa...

Perkahwinan Diraja Johor Penuh...

JOHOR BAHRU - Malam tadi telah berlangsungnya majlis persandingan kerabat diraja Johor, Tunku...

Tiada Cadangan Kurangkan Harga Petrol – Ahmad Maslan

Bercakap dalam sesi Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, cadangan pengurangan petrol tidak timbul buat masa ini walaupun harga minyak mentah dunia dilaporkan menjunam.

“Persoalan untuk menurunkan harga minyak masih belum berbangkit kerana sekarang ini kerajaan masih beri subsidi 12 sen satu liter bagi RON 95,” petik kenyataannya dari portal The Malaysian Insider.

Walau bagaimanapun, ujarnya kerajaan kini sedang melakukan kajian terperinci bagi mendapatkan cara terbaik sekiranya harga minyak dunia terus merudum dari RM 75 setong buat masa ini, kepada RM 70 setong pada masa hadapan.

“Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini,” ujarnya dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2015 di Dewan Rakyat.


Kata beliau lagi, kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya trend harga menurun berterusan, sama ada menurunkan harga minyak ataupun mengenakan cukai jualan sebanyak RM 0.58 sen sehingga 1 April 2015. – MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori