Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dana KWAN Untuk Beli...

ALOR SETAR - Dana dari Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan (KWAN) dibelanjakan untuk membeli...

Haramkan PUBG Satu Tindakan...

PERMAINAN video popular PUBG menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ada yang ketagih dengan...

Kenaikan Tol: Noh Minta...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diminta tidak cuba bermain...

Kerusi Urut, Hantaran Jalaluddin...

SEBUT je pasal kahwin, haaa... mesti macam-macam nak kena prepare termasuklah barang hantaran...

Tiada Cadangan Tukar Hukuman Rotan – Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk menukar hukuman rotan sedia ada kepada bentuk hukuman lebih ringan bagi pesalah jenayah berat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana pelaksanaan hukuman itu terbukti berjaya mengurangkan jumlah pesalah bagi kes kesalahan berulang terutama pengedaran dadah.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jika Jabatan Peguam Negara mengubah dasar dan undang-undang sedia ada, Jabatan Penjara bersedia mengubah hukuman itu.

“Hukuman sebatan ini terbukti telah mengurangkan bilangan pesalah bagi kes kesalahan berulang, terutama mereka yang terbabit dalam pengedaran dadah.

“Sepatutnya ejen pekerja asing juga perlu dikenakan hukuman sebatan mandatori bagi membanteras kebanjiran pekerja asing tanpa izin di negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang).


Menjawab soalan asal berkenaan statistik hukuman mati dan rotan, Ahmad Zahid berkata seramai 975 banduan yang disabitkan dengan hukuman mati oleh mahkamah atas pelbagai kesalahan kini masih belum menjalani hukuman itu.

Katanya, ini berikutan kesemua mereka kini masih dalam proses rayuan sama ada di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan atau Lembaga Pengampunan Negeri.

Katanya, sepanjang 2012 hingga tahu lalu, hanya tiga saja pesalah sudah menyempurnakan hukuman mati oleh Jabatan Penjara, dua banduan adalah warga negara, sementara seorang lagi warga asing.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tahu lalu juga, seramai 8,481 banduan sudah menjalani hukuman rotan iaitu 2,483 warganegara sementara 5,998 lagi warga asing. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori