Beberapa hari lepas tersebar berita bahawa model kereta legenda Mitsubishi Evolution, yang kini telah sampai generasi ke 10 akan berakhir atau dalam erti kata lain tiada lagi kesinambungan model yang akan membawa jenama Evolution selepas Evo X, seperti mana dilaporkan oleh Autoblog.
Salah satu alasan Mitsubishi adalah mahu beri tumpuan penuh kepada teknologi hibrid yang bakal menjadi strategi utama untuk menakluki pasaran baru pada masa depan.
Dikhabarkan, Mitsubishi Evolution tidak lagi sesuai dengan persekitaran kenderaan hibrid dan elektrik yang semakin mendapat perhatian ketika ini.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Mitsubishi Amerika Syarikat.
Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Amerika Syarikat, Don Swearingen berkata, Evo telah “datang dan pergi†dan kini, kereta lumba elektrik seperti MIEV Evolution III membayangkan apa yang masa depan mahukan di pasaran.
Tetapi sebelum Evo mengakhiri legasinya, Swearingen mengumumkan Mitsubishi akan melancarkan model edisi khas untuk menandakan penghujungnya.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Mitsubishi akui tidak akan mengalah dari platform kereta prestasi tinggi tetapi menyatakan bahawa penggantian Evo akan menampilkan sesuatu yang sangat berbeza kerana ia adalah SUV hybrid, sama sekali tak sama seperti model konsep XR-PHEV.
Malangnya, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun dari sekarang sebelum pengganti Evo diperkenalkan kerana menurut Mitsubishi pembangunan tidak akan dimulakan sehingga mereka mempunyai teknologi yang sesuai.
Sebenarnya sama seperti peminat Evo lain, penulis mengharapkan Mitsubishi Evolution akan terus dikeluarkan, supaya jenamanya kekal hidup sebelum jadi legenda selamanya.
Terlalu banyak kereta sport berprestasi tinggi dengan harga melebihi RM500 ribu, kebanyakannya mempunyai hanya dua pintu.. bosan.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC