KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat mewujudkan sesi khas untuk soal-jawab bersama Perdana Menteri di Dewan Rakyat, kata Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata ini kerana setiap pertanyaan yang dikemukakan oleh anggota Dewan Rakyat (kepada perdana menteri) akan dijawab sama ada secara lisan atau bertulis (oleh perdana menteri).
Selain itu, soalan juga akan dijawab oleh menteri atau timbalan menteri mengikut portfolio dan bidang tugas masing-masing, katanya.
Shahidan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Kluang) hari ini yang ingin tahu sama ada Perdana Menteri bersedia untuk mewujudkan sesi tersebut di Dewan Rakyat. – BERNAMA