Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Presiden Alumni UiTM Tak...

KUALA LUMPUR ā€“ Datuk Seri Najib Razak menyindir Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara...

Trump Pecat 80 Duta...

WASHINGTONĀ DC - Sejurus mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump,...

Zahid Bidas Sikap Pemimpin...

KUALA LUMPUR ā€“ Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee...

‘Geng Belly’ Edar Dadah...

Kuantan : Pasangan suami isteri antara lima ahli 'Geng Belly' ditahan polis selepas...

Tips Memilih Cincin Buat Bakal Raja Sehari

AKTIVITI pada bulan November dan Disember setiap tahun kebiasaannya akan padat dan penuh dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan sanak-saudara dan rakan taulan.

Buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan dan selamat melangkah ke satu fasa hidup yang baru bersama pasangan masing-masing.

Antara persiapan yang perlu diberi perhatian bakal raja sehari adalah pemilihan cincin yang sesuai untuk hari penyatuan dua jiwa.

Di bawah kami kongsikan tip-tip dan panduan untuk memilih cincin perkahwinan yang ideal untuk hari bahagia anda.

1. Cincin belah rotan yang lebar dan bercorak membuatkan jari anda kelihatan lebih pendek. Seeloknya pilih cincin gelung halus kecil agar jari nampak lebih runcing.

2. Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.

3. Pilih reka bentuk cincin yang mudah untuk disuai padan dengan barang kemas yang ada dalam simpanan.

4. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya. Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubahsuai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.


5. Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.

6. Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.

matte

7. Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning. – MYNEWSHUB.CC

ring2 ring1

ring3 ring4

Sumber: majalah Eternity

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori