Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

An Autobiography Custom Essay...

Get The Ability To Pick up Essay Internet Through The Article writing Specialist...

PRK PD Sekali Lagi...

PAS menyuarakan kebimbangan bahawa pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson mungkin terpaksa berdepan...

Beckham Buat Kebajikan Di...

Bekas kapten bola sepak England, David Beckham menceriakan 200 anak yatim, miskin dan...

Penaja Tarik Diri, PFA...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) kini berdepan masalah kewangan yang serius...

Pahang Tumpaskan JDT, Pertahan Mahkota Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.

Pahang selaku juara bertahan membuka jaringan awal pada minit ke-14 melalui tandukan padu penyerang import, Dickson Nwakaeme selepas menerima hantaran kemas dari Azidan Sarudin.

MENARIK!!! – Mat Yo Gagal Ambil Penalti, Peminat Ungkit Kisah Pak Guardƃā€šĆ‚Ā 

Juara Piala FA musim ini yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu mempamerkan aksi kemas di bahagian pertahanan malah turut melakukan beberapa serangan menguji penjaga gol JDT, Al-Hafiz.


Namun JDT mula menjumpai rentak permainan selepas ƃā€šĆ‚Ā penyerang kelahiran La Roja, Argentina Jorge Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-31 permainan.

Hanya selepas tiga minit jaringan Diaz,24, keadaan stadium sekali lagi digegarkan dengan sorakan penyokong JDT apabila Luciano Figueroa diberi sepakan percuma selepas bola terkena lengan pemain Pahang.

Figueroa meledak gol kedua Harimau Selatan dengan sepakan penalti sempurna menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Khairul Azhan.

Bersambung ke babak kedua permainan, peluang JDT untuk menambah gol gagal dimanfaatkan oleh Figueroa yang berlari secara solo sebelum melepaskan sepakan yang terkena tiang.


Pada minit ke-68 keadaan sedikit ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“panasƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ apabila pemain Pahang Saifulnizam dilihat menumbuk perut pemain JDT, Amri Yahya sekaligus dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Namun tiga minit selepas insiden tersebut, ƃā€šĆ‚Ā Nwakaeme (71ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢) berjaya menyamakan kedudukan dengan gol keduanya sekaligus meredakan sedikit ƃā€šĆ‚Ā kemarahan penyokong-penyokong Pahang yang tidak berpuas hati dengan layangan kad merah itu.

Jaringan penyamaan Nwakaeme itu menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan gagal menambah sebarang jaringan.

Bagaimanapun kelebihan JDT menentang 10 pemain gagal dimanfaatkan sehingga penentuan terakhir melalui sepakan penalti dan berpihak kepada Pahang.

– MSTAR ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori