Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Latihan Kelawar Tingkat Kesiagaan...

Kuala Lumpur : Sebanyak 25 penerbangan malam atau "sortie" berjaya dilaksanakan Tentera Udara...

40 Tahfiz Di Pahang...

KUANTAN - Sebanyak 40 daripada 89 mahaad tahfiz yang beroperasi di Pahang gagal...

BN Sedang Hadapi Penolakan...

PETALING JAYA : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Akta Kebebasan Maklumat Pastikan...

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar...

TPM Lepaskan Sukarelawan Misi Kemasyarakatan YSS Ke Kapit

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melepaskan 30 sukarelawan daripada institusi pengajian tinggi tempatan bagi menyertai misi kemasyarakatan ke kawasan pedalaman di Kapit, Sarawak.

Peserta misi anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) itu akan berkampung di Kampung Tunoh, terletak kira-kira 210 kilometer dari Lapangan Terbang Sibu bermula hari ini sehingga 8 Dis.

Ini merupakan kali keenam misi YSS ke Sarawak, juga yang terakhir bagi tahun ini selepas berjaya melaksanakan 13 misi dalam dan luar negara sejak penubuhannya pada Ogos 2011.

Pengerusi YSS Datuk Zuraidah Atan berkata misi itu akan menumpukan kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah interaktif belajar sambil bermain dengan penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Katanya membangkitkan kesedaran berkenaan kesihatan dalam kalangan penduduk terutamanya kepentingan dan cara menjaga kebersihan murid-murid yang tinggal di rumah panjang turut menjadi objektif utama misi itu.


“Misi ini bertujuan memberi pendedahan dan melatih ketahanan serta semangat kesukarelawanan dalam diri siswa IPT bagaimana untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan di perkarangan Kementerian Pendidikan di sini.

Zuraidah berkata sebelum memulakan misi kemasyarakatan, sukarelawan terlibat perlu menempuh laluan yang mencabar fizikal sepanjang 12 jam perjalanan selain perlu bertukar empat jenis pengangkutan sebelum tiba ke kampung tersebut.

Katanya Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh merupakan satu-satunya sekolah di situ bagi menampung keperluan pendidikan rendah bagi kanak-kanak dari lima buah kampung berdekatan.

“Kita harap penglibatan siswa dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat membantu usaha kerajaan melahirkan golongan pelajar yang progresif, dinamik dan berkeupayaan tinggi dalam mengurus kepelbagaian serta berani menangani cabaran,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori