Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sauh Kapal Bawa Harta...

LONDON - Sebuah sauh yang dipercayai berasal daripada 'nahas kapal laut paling berharga'...

Penempatan Sementara Untuk Mangsa...

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor sedang mencari penempatan sementara yang sesuai untuk...

Perbicaraan Bekas Pengarah &...

KOTA KINABALU - Perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas pengarah Jabatan Air...

Keracunan Alkohol, Jabatan Kastam...

SANDAKAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa 149 premis yang menjual minuman...

Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat

SATU kegilaan terbaharu muncul di kalangan remaja Barat apabila mereka kini gemar mewarnakan bulu ketiak dengan pewarna rambut dan kemudiannya berkongsi gambar ‘unik’ itu di laman sosial Instagram masing-masing.

Pendandan rambut dari Seattle, Amerika Syarikat,  Roxie Hunt, dipercayai merupakan antara individu terawal yang mempopularkan trend tersebut, yang mana Roxie beranggapan wanita perlu berasa bangga dengan bulu ketiak mereka tanpa perlu mencukur ataupun menyembunyikannya.

Roxie memulakan eksperimen itu dengan mewarnakan bulu ketiak rakan sekerjanya, Rain, yang sukarela menjadi modelnya bagi projek tersebut dan kemudiannya berkongsi gambar-gambar Rain dengan bulu ketiak berwarna di laman blognya.

armpit

Selepas perkongsian gambar Rain, trend itu terus menambat hati sebilangan remaja yang kemudiannya turut mewarnakan bulu ketiak dengan warna pilihan mereka.

Antara warna yang menjadi pilihan kebanyakan mereka ialah warna biru, hijau dan merah jambu. – MYNEWSHUB.CC

armpit1


armpit2

armpit3

armpit4

armpit5

Oleh: JULIANA JOHAR

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori