Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kejam.. Bapa Lempar Bayinya...

GARA-GARA tidak dapat tidur lena apabila mendengar tangisan bayi perempuannya, seorang bapa bertindak...

Adik Benjy Luah Perasaan...

SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima hukuman 11 tahun di dalam penjara oleh mahkamah...

Kes Bella: Aktivis Kecam...

Beberapa aktivis mengecam Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka, Rina Harun kerana lewat...

Cara Atasi Poket Kering...

ADALAH perkara biasa, masalah poket kering seminggu selepas terima gaji bagi orang bekerja atau...

TRW Perlukan Dana Mencukupi Untuk 2015 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan memerlukan dana yang mencukupi jika mahu menyaingi pasukan gergasi seperti Selangor, Felda United dan Johor Darul Takzim (JDT) pada tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, dana itu jauh lebih penting berbanding mencari pemain atau jurulatih jika The Red Warriors (TRW) mahu mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

“Cabaran 2015 bukan untuk pemain atau jurulatih tetapi bagaimana kita perlu berusaha untuk mempunyai dana yg cukup bagi menyaingi Selangor, Felda, JDT, PDRM, Pahang dan Terengganu kerana mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk memulakan musim baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Annuar berharap, perwakilan KAFA akan memilih Ahli Jawatankuasa yang baharu pada 15 November ini dalam kalangan mereka yang mampu menyumbang dana kepada persatuan itu.


Beliau turut menyeru anak jati Kelantan di seluruh negara membantu KAFA mendapatkan pelbagai tajaan dengan segera.

“Sama-sama kita berusaha cara kita sendiri. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing demi Kelantan,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori