Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

6,509 Kes Baharu Hari...

KUALA LUMPUR - Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini masih merekodkan angka...

Jika Pengerusi Berhenti, Presiden...

KUALA LUMPUR - Berhubung kenyataan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tun...

“Kenapa Tiba-Tiba Petik Nama...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah bercakap dengan...

Pemilihan Ke UNSC Beri...

KUALA LUMPUR - Sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)...

Tun Dr M Dan Tun Abdullah Hadir Dengar Ucapan Dasar Najib

KUALA LUMPUR – Beberapa ketika sebelum bermulanya ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkongsi gambar yang penuh cerita di Twitter sebentar tadi.

Beliau memaparkan gambar dua bekas Perdana Menteri sebelum Najib iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi duduk di kerusi para penonton menantikan bermulanya ucapan amanat dasar Najib.

Bagi Dr Mahathir, beliau sebelum ini menyatakan berkemungkinan akan hadir pada PAU 2014 dan hari ini muncul duduk sebaris dengan Abdullah.

Tweet Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkaitan kehadiran Dr Mahathir dan Abdullah sempena Perhimpunan  Agung UMNO 2014 hari ini.
Tweet Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkaitan kehadiran Dr Mahathir dan Abdullah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 hari ini.

Hari ini, Najib akan menyampaikan amanat dasarnya seperti tradisi dalam PAU terdahulu sebelum ianya akan dibahaskan para perwakilan UMNO.

Di ruang legar PWTC, ada perwakilan dan pengunjung yang sudah berkumpul duduk di hadapan skrin gergasi bagi mengikuti setiap bait-bait ucapan Najib bagi memahami maksud tersirat dalam ucapan pembukaan PAU 2014.

Bagi sesetengah pemimpin UMNO, PAU kali ini dilihat begitu meriah biarpun bukanlah perhimpunan dalam musim pemilihan mahupun pilihan raya.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO semalam menyifatkan perhimpunan kali ini begitu meriah dengan para perwakilan sayap parti khususnya Pemuda setia berada dalam dewan sepanjang sesi perbahasan ucapan dasar beliau.

Menurut beliau, kehadiran dan kesungguhan yang ditunjukkan pada PAU 2014 ketika tiada acara penting dalam kalendar politik UMNO begitu menakjubkan.

Khairy berkata ia adalah kerana orang Melayu sudah mula sedar akan kepentingan membuat perancangan demi masa depan bangsa Melayu yang kini dilihat semakin diperlekehkan dan dihina pihak lain. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori