Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM1.74 Juta Untuk Persediaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menyalurkan RM1.74 juta sebagai peruntukan awal kepada Tabung...

Abdul Hadi Sindir Zaman...

IBARAT pulang balik paku keras, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'melibas' semula Tun...

Lapangan Terbang Changi Jadi...

SINGAPURA - Lapangan Terbang Changi di sini adalah tempat transit untuk pelancong, tetapi...

MERCY Malaysia Hantar Pasukan...

KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia hari ini menghantar pasukan penilaian cepat ke Laos...

Tune Insurans Bersama QPR Bakar Semangat Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Tiga puluh kanak-kanak termasuk empat pesakit kanser dari National Cancer Society Malaysia (NSCM) menyertai program klinik latihan Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) di Kelab Diraja Selangor Bukit Kiara di sini hari ini.

Acara itu merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Tune Insurance, Tune INSpire, satu bentuk kerjasama syarikat itu dengan AirAsia dan QPR.

Pengurus Besar Kumpulan Tune Insurance Sasitharan Krishnan berkata program itu menumpukan terhadap kebajikan kanak-kanak berkenaan dan membakar semangat mereka untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.

“Kami gembira kerana dapat melaksanakan program itu hari ini kerana kami mahu memastikan Tune INSpire bukan hanya menyumbang dalam bentuk kewangan tetapi sebenarnya memberi balik sesuatu kepada masyarakat dan mengasah bakat, kata beliau kepada pemberita selepas acara itu.


Lima jurulatih daripada pasukan utama QPR terlibat di dalam sesi latihan bola sepak selama sejam, iaitu Andy Evans, Stephen McCarthy, Martino Chevannes, Danny Edwards dan Alfie Ferguson.

Evans berkata, jurulatih pasukan utama QPR merasa gembira menjadi sebahagian daripada program itu dan memastikan setiap kanak-kanak boleh mengikuti klinik latihan tanpa mengira keupayaan dan keperluan istimewa mereka.

“Apabila seseorang menghidap kanser, keluarga mereka akan memikirkan soal rawatan sepanjang masa, jadi program ini memberikan mereka peluang untuk berseronok dan menyukai permainan ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • QPR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori