Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rempuh Pelajar Dalam...

KOTA KINABALU - Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang pelajar...

Bayi 6 Bulan Tertelan...

India – Doktor-doktor di sebuah hospital berjaya membuang pisau lipat daripada perut seorang...

4 Pengedar Dadah Tersungkur,...

JOHOR BAHRU – Tindakan licik sindiket pengedaran dadah membungkus pelbagai jenis dadah dalam...

Mangsa Tembak Baru 2...

KUALA LUMPUR - Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan...

Ucapan Najib Dikutuk, Dilabel Tahap Pidato Sekolah Menengah

Entah kenapa ada lidah dari dalam UMNO sendiri sudah mula memberikan tohmahan jahat kepada ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi, ketika memulakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014.

Menerusi akaun Facebook, Dato’ Seri Zaeinal mendakwa ucapan Najib yang juga Perdana Menteri disifatkannya di tahap pertandingan pidato peringkat sekolah menengah, siap disertakan dengan hashtag #Hampeh.

NajibDikutuk_1
Kata-kata pedas Zaienal berkenaan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Daripada komen-komen terhadap status berkenaan, ada seorang bekas personaliti televisyen sukan, Datuk Dahlan Maamor dilihat turut setuju dengan dakwaan Zaeinal atau nama sebenarnya Zaeinal Abidin Omar.

Tak dapat difahami dengan jelas mengapa Zaeinal yang juga pengasas Persatuan Karyawan membuat dakwaan sebegitu kasar di saat majoriti perwakilan PAU 2014 setuju dengan intipati ucapan dasar Najib.

Namun jika dilihat beberapa status terdahulu di Facebook, Zaeinal sememangnya banyak tidak setuju dengan corak pentadbiran Najib. Bagaimanapun kritikan pedasnya kali ini didapati mula jadi viral di laman sosial.


Budaya seperti ini dilihat tidak sepatutnya berlaku di dalam UMNO ketika pemimpin tertinggi sedang berusaha keras memperbaiki masalah dalaman khususnya dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO.

Ketika banyak cara dan platform boleh digunakan oleh ahli UMNO untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka, rasanya inilah bukanlah cara terbaik untuk menegur apatah lagi membabitkan Presiden UMNO. –  MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori