Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pahang Tak Naikkan Had...

KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18...

Bomba Periksa Keselamatan 115...

SEREMBAN - Sebanyak 115 premis yang menjadi tumpuan orang ramai pada musim perayaan...

GAMBAR: Syoknya.. Sharifah Sakinah...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui yang pelakon penuh kontroversi, Sharifah Sakinah bakal mengakhiri...

PM Yakin DFTZ Bakal...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Zon Perdagangan Bebas Digital...

Demi Dokumentari, Lelaki Relakan Diri Ditelan Anaconda

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah cuba dirasai seorang pakar hidupan liar terkenal, Paul Rosolie yang sanggup menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji untuk mengetahui suasana di dalam perut reptilia itu.

Pakar hutan Amazon yang baharu berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal berkongsi keadaan sebenar perut ular terbesar dunia daripada spesies anaconda menerusi dokumentari khas yang akan disiarkan menerusi stesen Discovery Channel pada 7 Disember.

Rosolie yang juga penerbit filem dokumentari alam sekitar terkenal dikatakan menempah sejenis suit khas kalis ular seumpama pakaian angkasawan yang akan disarung sebelum tubuhnya ditelan anaconda bagi merakamkan gambaran di dalam perut haiwan itu.

Meskipun berpengalaman menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik di hutan India, Indonesia, Brazil dan Peru; Rosolie menerima kritikan pelbagai badan hak asasi haiwan yang bimbang dengan nasib ular terbabit jika ia cedera sewaktu penggambaran tersebut.

Namun Rosolie dalam reaksi balasnya mendakwa, dia tidak berniat untuk melukakan reptilia itu malah mengajak mereka menanti tayangan dokumentari bertajuk Eaten Alive bulan depan bagi menilai sendiri bagaimana rasanya ditelan seekor ular gergasi. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori